KLIK....BARU TAHU RAHSIA

Tembok Ya'juj Ma'juj terbuka!


 Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?


Keterangan dan penjelasan sukar dipercayai, dan ini pula melibatkan “persoalan akidah” kerana Allah swt telah memberi keterangan jelas dalam Al-Quran. Artikel tersebut malahan mengaku Ya’juj & Ma’juj adalah manusia, tetapi meminta beriman apabila menyatakan ini “perkara ghaib yang wajib diimani”. Persoalannya semenjak bila Islam menuntut keimanan dengan “manusia yang ghaib”? Bukankah manusia itu tidak termasuk di dalam perkara ghaib? Anda fikirkan sendiri kemunasabahan artikel ini dan kaedah penafsiran mereka.
Tafsiran munasabah ialah keseluruhan musuh dan kaum zalim di dalam Al-Quran adalah manusia biasa. Oleh itu penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World. Rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age.
Sila ke halaman berikutnya untuk kesimpulan buku termasuk keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku dan membuat kajian bagi mendapatkan keterangan terperinci.